Saturday, 10 December 2011

KARANGAN BAHAGIAN B-PANDUAN

Penulisan Karangan Bahagian B

Monday, 5 December 2011

CONTOH LAPORAN

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.

Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.
Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.
Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.
Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.
Disediakan oleh, 25 Januari 1996
Azmi
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.

Friday, 21 October 2011

Penanda Wacana

 

1. Menandakan pertentangan maklumat

- Bagaimanapun, namun begitu, walau bagaimanapun, biarpun begitu, namun demikian, walaupun begitu, meskipun begitu, sebaliknya, walaupun demikian, meskipun demikian, meskipun, namun

2. Menandakan sesuatu yang kian bertambah

- Lagipun, malah, tambahan pula, lebih-lebih lagi, tambahan lagi.

3. Menunjukkan akibat atau kesimpulan

- Akhir kata, justeru, oleh itu, akhirnya, kalau begitu, semenjak itu, dengan itu, lantaran itu, oleh sebab itu, jadi, malangnya.

4. Menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya

- Kemudian, lepas itu, selanjutnya, selepas itu.

5. Menunjukkan dalam masa yang sama atau pada masa itu

- Dalam pada itu, di samping itu, selain itu, sebelum itu.

Saturday, 8 October 2011

Pendekatan dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

1. Strategi Berpusatkan Murid
- Guru memainkan peranan utama
- Murid hanya duduk mendengar
- Kaedah keseluruhan kelas demonstrasi, syarahan dan bercerita.

2. Strategi Berpusatkan Murid
- Murid memainkan peranan penting
- Guru melaksanaan tugas sebagai pembimbing
- contoh aktiviti kelas. kaedah kumpulan dan penyelesaian masalah

3. Strategi Berpusatkan Bahan
- Terbahagi kepada 2 iaitu :
a. Bahan pengajaran seperti carta, graf, gambar, video dan sebagainya
b. Bahan pembelajaran. Bahan yang digunakan oleh murid seperti lembaran kerja
- Antara kaedah-kaedah diguna seperti pengunaan modul dan komputer

Saturday, 1 October 2011

PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK - ULANGKAJI

PENDEKATAN

Membawa makna cara kita mendekati sesuatu.
# konkrit ke abstrak
# mudah kepada kompleks
# keseluruhan kepada sebahagian
# umum kepada spesifik
# spesifik kepada umum
# dekat kepada jauh
# diketahui kepada belum diketahui


KAEDAH

Membawa makna satu siri tindakan yang sistematik untuk mencapai sesuatu.

contoh : Kaedah inkuiri-penemuan

TEKNIK

Membawa maksud kemahiran dalam pengelolaan dan pelaksanaan di dalam sesuatu akitiviti.

contoh : Sumbangsaran

Friday, 23 September 2011

Mengesan Kehadiran Virus

Gejala-gejala di bawah ini dapat membantu kita mengesan virus :-

- tiba-tiba operation jadi slow padahal sebelum tu ok je
- download sesuatu pastu double klik, yg kita download tu tak jadi apa, serupa cam tak klik
- banyak function normal dah ilang/takder (folder option/task manager)
- buka sesuatu application tapi tak buka @ buka kejap pastu tutup sendiri balik
- system seperti rehash. dia close explore.exe pastu ada semula (restart explore.exe)
- pop-up tetiba buka banyak/buka sendiri
- search menda lain, yg keluar lain
- search pakai yahoo tapi result tiba² search engine yg lain
- antivirus tak leh running background
- kat startup folder ada application pelik (unknown) @ ada tulis "empty" (bukan yg transparant)
- msconfig > startup (ada file nama yg eja tah haper² tah cth: odgkkjjl268)
- keluar error msg yg pelik atau yg bukan dari msg windows
- tak leh buka taskmanager / msconfig / regedit
- pc shutdown sendiri
- tak leh masuk windows / klik icon akaun, dia logout semula
- loading lama untuk sesuatu application / atau masa nak on pc

Jadi sentiasalah update OS ( operasi system )